Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 8 September 2012

Seni Visual STPM 2012


APRESIASI SENI VISUAL

PENGENALAN SENI VISUAL
Dua bidang utama yang terdapat dalam seni visual :
a.      Pengkaryaan
b.      Perekaan
Manakala bidang-bidang yang terdapat dalam pengkaryaan dan perekaan adalah seperti berikut:-

A.  PENGKARYAAN
Seni Halus
·        Lukisan
·        Catan
·        Cetakan
·        Arca
B.  PEREKAAN
       i.Komunikasi Visual
·        Grafik
·        Multimedia
·        Animasi
·        Laman web
                ii.Reka Bentuk Teknologi
·        Industri
·        Tekstil
·        Fesyen
·        Logam halus
·        Seramik
                 iii.Reka Bentuk Persekitaran
·        Lanskap
·        Hiasan dalaman

PENGERTIAN DALAM TEORI SENI VISUAL

Pengertian Seni Visual
·        Ekspresi atau ciptaan yang mempunyai nilai keindahan
·        Karya yang ada ciri-ciri kreatif dihasilkan pelukis atau pandai tukang
·        Objek 2D dan 3D yang berfungsi atau mempunyai makna dan nilai estetik
Pengertian Seni Visual dari aspek pengkaryaan
Sesuatu karya atau objek yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri kreativiti serta mengutamakan makna dan nilai estetik. Contoh : Lukisan, catan, arca dan cetakan .
Pengertian Seni Visual dari aspek perekaan
Sesuatu reka bentuk atau ciptaan yang mempunyai ciri-ciri kreativiti serta mengutamakan fungsi dan nilai estetik. Contoh : Komunikasi visual, reka bentuk teknologi dan reka bentuk persekitaran .

PERANAN SENI VISUAL

Pembangunan potensi individu dari segi kreativiti, inovasi dan imaginasi dalam aktiviti pengkaryaan, perekaan serta dapat mewujudkan budaya setempat dan sejagat .
1. Peranan Psikologi
      - Kreativiti
      - Sensitiviti
      -Emosi
      -Ekspresi
2. Peranan Sosiologi
      -nasionalisme
      -persekitaran
      -propaganda
      -pemujukan
      -ritual
      -budaya
      -warisan
      -pendidikan
      -pengeluaran
      -komersial
      -kemasyarakatan

Pengalaman Estetik

Kefahaman tentang aspek pengalaman intelektual dan pengalaman langsung sebagai penyumbang kepada pengalaman estetik dapat membina kepekaan dan pertimbangan dalam diri individu, masyarakat dan persekitaran .
a. Pengalaman Langsung
Pengalaman langsung diperolehi melalui pembelajaran, apresiasi dan aktiviti penghasilan produk seni yang melibatkan deria( proses kreatif dan artistik).
Kebaikan pengalaman langsung
i.Dapat membina kepekaan terhadap individu.
ii.Reaksi dari pengalaman
iii.Lebih berkemahiran
b. Pengalaman Intelektual
Diperluaskan lagi melalui pembacaan, kajian, penerokaan, dan eksperimentasi supaya dapat membina konsep, falsafah dan nilai dalam karya SV yang dihasilkan .
Kebaikan pengalaman intelektual
i.  Meningkatkan kefahaman
ii. Berupaya menterjemah

Penaungan Seni Visual Di Malaysia.

Penaungan bermaksud tempat perlindungan atau tempat bernaung supaya seni visual dapat dijaga dan kekal hingga masa akan datang. Seni visual bukan sahaja satu wadah untuk dinikmati nilai estetik dan memahami maknanya tetapi merupakan warisan khazanah yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.
1. Institusi pendidikan
2. Persatuan atau pertubuhan seni.
3. Galeri seni .
A. Institusi pendidikan
1.Pada 22 November 1922 Maktab Perguruan Sulta Idris,Tanjung Malim, Perak telah ditubuhkan atau nama lainnya Sultan Idris Training College.
2.Tahun 1960 Maktab Perguruan Ilmu Khas telah ditubuhkan.
3.Pada tahun 1967 Kursus Kajian Seni Lukis dan Seni Reka di Institusi Teknologi Mara telah diwujudkan, tujuan utama untuk memperkembangkan daya cipta, kemahiran dan bakat individu.
4. Mulai tahun 1972 Universiti Sains Malaysia telah menawarkan kursus Seni Halus peringkat ijazah dibawah kendalian Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.
5. Institusi pendidikan swasta telah ditubuhkan antara yang terawal Institusi Seni Lukis Malaysia lain-lain kolej seperti kolej Seni Kuala Lumpur,  Institusi Lim Kok Weng, The One Academy dan beberapa lagi yang menawarkan kursus peringkat diploma dan ijazah.

B. Pertubuhan Seni
1.Pada tahun 1928 sekumpulan pelukis Eropah mengelarkan diri mereka “Penang Impressionist” menjalankan kegiatan seni lukis dan warga tempatan ahlinya hanya Abdullah Arif dan Puan Lim Cheng Kung, isteri seorang jutawan China.
2.Sekitar tahun 1932 Akademik Seni Nanyang telah ditubuhkan.Semasa Perang Dunia Kedua akademik ini ditutup dan dibuka semula pada tahun 1942. Kebanyakan tenaga pengajar dating dari negeri China dan mendapat pendidikan di akademik Seni amoy dan New China Universiti.
3.Pada tahun 1952 Wednesday Art Group telah ditubuhkan oleh Peter Harris untuk guru-guru seni lukis yang berminat. Cheong Lai Tong, Patrick Ng Kah Onn, Jolly Koh, Anyhony Lau, Dzulkifli Buyung, Ismail Mustam dan lain-lain lagi telah menyertai kumpulan ini. Kumpulan ini telah mengadakan perjumpaan setiap hari Rabu dan Sabtu.
4. “Penang Art Teacher’s Council” ditubuhkan pada tahun 1952 oleh Tay Hooi Keat. Ahli kumpulan ini terdiri dari kalangan guru-guru seni lukis. Tay Hooi Keat sendiri telah memberi bimbingan asas seni lukis seperti bentuk, garisan, jalinan, warna dan rupa kepada ahli-ahlinya.
5.Selangor Art Society telah ditubuhkan dalam tahun 1954. Ahli kumpulannya dianggotai oleh Yong Peng Seng, Chong Hui Fah, Syed Zainal, Chong Sin Kwai dan Zakariah Noor. Mengadakan aktiviti sekali seminggu iaitu pada hari Khamis di Methodist Boy’s School, Kuala Lumpur. Memberi pengalaman kepada pelukis muda mengenai lukisan tubuh manusia, potret dan lakaran.
6.The Thursday Art Group ditubuhkan di Pulau Pinang dalam tahun 1957. Ahli kumpulan ini seperti Abdullah Arif , Tay Hooi Kiat , Kuo Ju Ping , Lee Joo For, Lim Tong Juan William K.K.  Lau .
7.Angkatan Pelukis Semenanjung telah ditubuhkan dalam tahun 1956 oleh sekumpulan pengiat seni seperti Mohd Hossein Annas Yaacob Latiff, Sabtu Yusuf , Habibah manan , Zakariah Noor dan Idris Salam. Penaungnya Y.T.M unku Abdul Rahman Putra. Dalam tahun 1959 Majlis kesenian dibubarkan dan ditukar namanya kepada Angkatan Pelukis Se Malaysia. Nadi utama kumpulan ini ialah Mohd Hussien Annas dengan lukisan figuratif menggutamakan cat minyak dan pastel .
8.Dalam tahun 1974 Anak Alam telah ditubuhkan sebagai kumpulan serpihan dari pada PersatuanAngkatan Pelukis Semenanjung yang dianggotai oleh Abdul Latif Mohidin, Ali Rahamad, Zulkifli Mohamad Dahlan, Mustafa Haji Ibrahim, Abdul Ghafar Ibrahim, Maryam Abdullah dan lain-lain. Semangat dynosia adalah menjadi teras penglibatan kumpulan ini yang didorong oleh pemikiran “non-national” dan mistik serta bidasan sosial bertentangan dengan tersusun dan teratur. Tumpuan utama adalah percetakan. Kumpulan ini bergiat cergas dalam teater.
9.Majlis Kesenian telah ditubuhkan dalam Persekutuan Malaya pada 15 April 1952. Dalam tahun 1955 pengerusi yang pertama ialah Tan Sri Mubin Sheppard manakala ahli-ahlinya bekas Speaker Parlimen Datuk Nik Ahmad Kamil Bin Haji Nik Mahmood, Bekas Duta Malaysia ke Belgium dan Yugoslavia Puan P.G . Lim dan seorang arkitek Malaysia yang terkemuka Datuk Kington Loo .
Tujuan utama penubuhan
  1. Menyatupadukan persatuan-persatuan, pelukis-pelukis dan peminat-peminat seni lukis di seluruh Malaysia.
   2.  Mengutamakan seni yang berkepribadian Malaysia sebagai teras seni kebangsaan.
   3. Memelihara dan mengembangkan seni kebangsaan.
   4. Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan kesenian dan seni lukis kebangsaan serta antarabangsa untuk kepentingan dan kemajuan seni kebangsaan.
   5.Menggalakkan dan memperkembangkan pengetahuan, fahaman dan amalan seni yang lebih luas di Persekutuan Malaya .
C. Galeri Seni
-Balai Seni Visual Negara
Objektif Penubuhan Balai Seni Visual Negara:
1.Menyimpan karya seni sebagai khazanah negara yang tidak ternilai.
2.Menambah keyakinan audien dan pengkarya bahawa Balai Seni Lukis Negara sebagai penyumbang kepada perkembangan seni tanah air.
3.Sebagai badan yang bertanggungjawab mengurus dan menjaga serta memberi pengiktirafan karya seni tempatan daam pembangunan kebudayaan negara .